





Pengenalan Kepada Kementerian
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air

Peralihan Tenaga Baharu
Kementerian bertanggungjawab penggubal dasar peralihan tenaga untuk rakyat, industri dan negara

Pengurusan Sumber Air
Air adalah sumber negara yang terhad dan berharga dan menjadi kewajipan kita semua untuk memeliharanya.

Penjanaan & Penggunaan Elektrik
Tenaga elektrik menjana pembangunan negara dan harus diuruskan dengan mampan, adil dan berkesan.
Terkini Daripada Kementerian
Berita & Kenyataan Media
Program Agihan Bubur Lambuk Anjuran Surau An-Nur, Kelab dan Puspanita PETRA
26 Mac 2025Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada Warga PETRA termasuklah pengurusan tertinggi PETRA sendiri iaitu YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA. Aktiviti ini berjaya mengeratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan Warga PETRA.
Pada sebelah petangnya, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA mengagihkan bubur lambuk kepada Warga PETRA, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
Program Lawatan Kerja Santuni MADANI ke Kampung Kebun Baharu, Batu 9, Telok Panglima Garang
22 Mac 2025Usai solat Asar, beliau telah menyempurnakan Majlis Perasmian Dewan Dato' Zaidi Karli yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Kebun Baharu.
Selesai perasmian Dewan tersebut, beliau turut meluangkan masa menghadiri Majlis Ihya' Ramadan Peringkat Negeri Selangor 2025 anjuran TNB di Masjid Al-Amin.
Ceramah Ihya Ramadan dan Majlis Khatam Al-Quran Perdana
20 Mac 2025Ceramah Ihya Ramadan bertajuk "Al-Quran Penawar Kehidupan" disampaikan oleh Ustaz Haji Mohd Meeftah bin Haji Anuar, Penolong Pengarah Kanan JAKIM.
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kedua Puspanita Cawangan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
14 Mac 2025Kunjungan Hormat Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA Kepada KSU PETRA
13 Mac 2025YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Tuan Jamalulail bin Abu Bakar, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan (BMI), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada hari ini.
Pertemuan ini membincangkan mengenai potensi kerjasama strategik bagi pelaksanaan Program Pembangunan Kepakaran dan Perunding Kerajaan (PRESTIJ) dalam bidang peralihan tenaga untuk pelaksanaan pada tahun 2025.
Inisiatif pembangunan kepakaran ini adalah selaras daripada hasrat YAB Perdana Menteri supaya penjawat awam diberikan latihan dan pendedahan bagi tujuan pembangunan kompetensi dalam bidang-bidang tujahan baru.