Berita Terkini
Kunjungan Hormat Ke Pejabat Setiausaha Kewangan Sarawak
Kehadiran PETRA ke sesi perbincangan tersebut diketuai oleh YBhg Dato' Mohd Norhisham bin Musa SUBK (Pengurusan) manakala Pejabat Setiausaha Kewangan Sarawak diketuai Puan Noor Rasyidah bin Abdullah, Pengarah Kewangan dan Pentadbiran.
Turut hadir Tuan Haji Sulaiman, Pengarah Bahagian Bekalan Air, En Amisam SUB Pembangunan, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan PETRA dan wakil jabatan/agensi Sarawak terlibat.
Sesi ini diadakan bagi meningkat kerjasama dan memantau pelaksanaan projek-projek bekalan air dan pembentungan yang diluluskan Kerajaan Persekutuan melalui PETRA secara peruntukan pinjaman dan dilaksanakan oleh jabatan/agensi Sarawak.
Perbincangan juga diadakan untuk merangka strategi bersama bagi meningkat prestasi perbelanjaan pembangunan dan seterusnya memastikan projek dapat disiapkan segera untuk manfaat rakyat.