Berita Terkini
Lawatan Kerja YAB TPM Bagi Kesiapsiagaan dan Pengurusan Risiko Banjir TNB dan PRABN
YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA hari ini telah mengadakan lawatan kerja bagi meninjau kesiapsiagaan dan pengurusan risiko banjir di TNB, Petaling Jaya.
TNB memainkan peranan utama memastikan kestabilan bekalan tenaga semasa musim banjir antaranya dengan melaksanakan penutupan bekalan pengurusan rangkaian di kawasan terjejas serta menyediakan genset mudah alih di Pusat Pemindahan Sementera (PPS).
Pemulihan dan Tindakan Proaktif TNB turut dilakukan bagi memastikan pemulihan bekalan dilakukan segera dengan sokongan aset seperti bot, telefon satelit, dan flood barriers.
Sejurus itu, YAB TPM yang juga Menteri PETRA melanjutkan lawatan kerja beliau ke Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan Saliran (JPS), Ampang.
PRABN telah mengeluarkan sebanyak 31 notis ramalan awal, 27 notis hebahan amaran banjir serta amaran terkini risiko banjir di antara 3 hingga 6 Disember 2024 melibatkan 7 kawasan di Besut, dan 3 kawasan di Setiu setakat 2 Disember 2024.
JPS turut mengoperasikan aset kritikal dengan menyediakan 529 pam bergerak, 285 rumah pam, dan 16 empangan.