Berita Terkini
Majlis Penyampaian Hadiah ‘Cabaran Kecekapan Tenaga 2024’
Majlis Penyampaian Hadiah ‘Cabaran Kecekapan Tenaga 2024’ atau ‘Energy Efficiency Challenge 2024’ telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di Le Meridien Putrajaya pagi tadi.
‘Jadilah Bijak Tenaga’ atau ‘Be Energy Smart’ adalah moto yang sering digunakan oleh Suruhanjaya Tenaga dalam mempromosi dan memupuk budaya berhemah dalam menggunakan tenaga elektrik.
Kesedaran mengenai kecekapan tenaga perlu diterapkan sejak di bangku sekolah lagi, justeru, Pertandingan Energy Efficiency Challenge yang telah diadakan sejak tahun 2014 ini menjadi platform terbaik untuk mendidik para pelajar tentang amalan kecekapan tenaga.
Sebanyak empat (4) kategori dipertandingkan tahun ini, iaitu Poster Drawing Challenge, Story Telling Challenge, Video EE Paling Kreatif dan Sekolah Paling EE.
Tahniah kepada semua pemenang.