Berita Terkini
Majlis Penyerahan Projek-Projek Siap JPS Kepada Kerajaan Negeri Sabah
YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA, telah menyerahkan enam (6) projek siap bernilai RM65.5 juta kepada Kerajaan Negeri Sabah dalam satu Majlis Penyerahan Projek-projek siap JPS di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu pada 7 Disember 2024 (Sabtu).
Projek ini meliputi tebatan banjir, pemuliharaan sungai, pencegahan hakisan pantai, dan menaik taraf rumah pam, memberi manfaat kepada lebih 20,000 penduduk, melindungi kawasan banjir, serta menyokong ekonomi tempatan termasuk sektor pelancongan.
Kerajaan melalui PETRA terus komited memastikan pembangunan infrastruktur yang mampan demi kesejahteraan rakyat Sabah.
Hadir sama, YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri Sabah, YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA, YBhg. Dato' Seri Haji Rosli Bin Isa, Setiausaha Persekutuan Sabah, YBhg. Datuk Dr. Ahemad Bin Sade, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), yang Berusaha Ir. Amiruddin Bin Alaldin, Timbalan Ketua Pengarah JPS, YBrs. Ir. Haji Siraja Bin Haji Bashora, Pengarah Pengairan dan Saliran Sabah, serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sabah, pemimpin masyarakat dan rakan media.