Berita Terkini
Sesi Perjumpaan YAB TPM Bersama Warga PETRA Bagi Bulan Disember 2024
Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof telah menyempurnakan Sesi Perjumpaan Bersama Warga PETRA di Dewan Baiduri, Menara PETRA pagi tadi.
Sesi perjumpaan ini turut berlangsung bersama Majlis Bacaan Ikrar Bebas Rasuah dengan dihadiri oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Bin Baki.
Ikrar bebas rasuah yang dipimpin oleh Encik Amisam bin Ismail, Setiausaha Bahagian Pembangunan ini merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan oleh SPRM bagi tujuan memberi penekanan dan meningkatkan iltizam untuk kita menjauhi dan membebaskan diri dalam sebarang perbuatan yang menjurus terhadap rasuah. Ianya telah dilaksanakan di pelbagai kementerian dan agensi.
Turut hadir sama ialah Timbalan Menteri PETRA, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Ketua Setiausaha PETRA, YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli dan Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) PETRA, YBhg. Dato' Norhisham Bin Musa.