Berita Terkini
Tinjauan ke Projek RTB Jitra Selatan dan RTB Sg. Kedah/Sg. Anak Bukit Pakej 2
5 Januari 2025
YBhg. Dato’ Mohd Norhisham bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengadakan lawatan ke Jitra dan Alor Setar Kedah bagi meneliti perkembangan dan isu pelaksanaan Projek RTB Jitra Selatan dan RTB Sg. Kedah/Sg. Anak Bukit Pakej 2 yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Lawatan ini bertujuan mendapatkan gambaran sebenar serta tindakan susulan yang perlu diambil segera khususnya berkaitan isu-isu yang memerlukan intervensi di peringkat Kementerian.
Lawatan turun padang ini turut disertai oleh Ir. Ahmad Solihin bin Budarto (Pengarah JPS Kedah), Pn. Maimunah binti Abu Hassan Ashaari (Jurutera Daerah Kubang Pasu/Padang Terap) dan En. Kamaruddin bin Shahimi (Jurutera Projek).
Kerajaan Persekutuan melalui PETRA serius dan komited untuk mengatasi masalah banjir yang berlaku di seluruh negara melalui pelbagai program dan projek yang sedang dan akan dilaksanakan, sama ada penyelesaian jangka pendek mahupun jangka panjang demi kesejahteraan rakyat.