Berita Terkini
Majlis Penutupan Persidangan Asia Pacific Green Hydrogen (APGH) 2024
YAB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menghadiri Majlis Penutupan Persidangan Asia Pacific Green Hydrogen (APGH) di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada 12 Jun 2024 (Rabu).
Persidangan ini bertujuan bagi menarik pelabur, kolaborator, pemain industri, penyelidik, serta delegasi yang berminat untuk melonjakkan industri hidrogen hijau dan Tenaga Boleh Baharu selain berfungsi sebagai platform perantara diantara kerajaan dan pelabur, juga antara kerajaan dan sektor swasta untuk manfaat bersama.
YAB TPM juga menyampaikan penghargaan beliau kepada Kerajaan Sarawak serta semua yang terlibat menjayakan program ini.
Beliau turut berharap agar melalui persidangan yang telah diadakan ini, ia dapat mendorong Negara ke arah penggunaan tenaga bersih dan seterusnya membantu untuk mencapai persekitaran bumi yang lebih mampan bagi generasi masa hadapan.