Berita Terkini
Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra Bersama Rakyat Malaysia di United Kingdom
YAB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menghadiri Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra Bersama Rakyat Malaysia di Suruhanjaya Tinggi Malaysia, London, United Kingdom pada 23 Jun 2024 (Ahad).
Pada Majlis Makan Malam ini beliau juga telah bertemu bersama-sama diaspora Malaysia bagi berkongsi mengenai usaha dan inisiatif pembangunan terkini negara, terutamanya dalam aspek peralihan tenaga.
YAB TPM juga berkesempatan meluangkan masa bagi sesi dialog bersama pelajar Malaysia di UK. Beliau turut akan melangsungkan sesi lawatan kerja rasmi ke beberapa lokasi seterusnya mulai 23 hingga 27 Jun 2024, atas jemputan Kerajaan United Kingdom.
Hadir menyerikan majlis, TYT Dato’ Zakri Jaafar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom.