Berita Terkini
Lawatan Kerja YAB TPM Merangkap Menteri PETRA ke Empangan Kahang, Kluang, johor
YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air PETRA bersama YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor hari ini telah melakukan lawatan kerja ke Empangan Kahang, Kluang Johor.
LRA Kahang dimiliki oleh SAJ Sdn Bhd (SAJSB) iaitu anak syarikat milik Kerajaan Negeri Johor yang mana beroperasi untuk memenuhi permintaan bekalan air bagi daerah Kluang, Johor.
Kerajaan menerusi Rolling Plan (RP) 4 bagi Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKE-12) telah meluluskan pelaksanaan sejumlah 30 projek pembangunan di Negeri Johor bagi tahun 2024 yang mana pelaksanaan projek ini dapat membantu meningkatkan kemudahan dan infrastruktur kesejahteraan rakyat Johor serta pertumbuhan ekonomi negeri.
Hadir, YBhg. Dato' Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, TKSU (Air) PETRA YBrs. Encik Mohd Norhisham bin Musa SUBK (Pengurusan) PETRA serta pengurusan tertinggi PETRA.