Berita Terkini
Lawatan KSU PETRA ke Kawasan Banjir Lubuk China, Melaka
YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah meluangkan masa bagi melawat kawasan banjir dan ban pecah di Taman Wira Indah, Lubuk China, Melaka hari ini.
Hujan lebat berterusan dengan jumlah tinggi dalam tempoh yang singkat selain topografi rendah menjadi faktor utama banjir kilat di daerah ini.
Antara cadangan penambahbaikan adalah dengan menaik taraf dan membina semula ban sungai yang lebih tinggi dan kukuh untuk membantu menampung aliran air yang tinggi di samping melakukan penyelenggaraan berkala terhadap sistem perparitan untuk memastikan air tidak tersumbat serta memperkenalkan sistem takungan air sementara di kawasan berisiko tinggi bagi mengurangkan tekanan terhadap ban dan parit.
Selain itu, sistem amaran banjir di kawasan berisiko juga akan dibina untuk memberi amaran awal kepada penduduk setempat.
Bersama-sama YBhg KSU PETRA melakukan lawatan tersebut adalah YBhg. Mejar (K) Dato’ Ir. Dr. Ahmad Anuar bin Othman, Ketua Pengarah JPS Malaysia.