Berita Terkini
Lawatan Kerja YAB TPM Merangkap Menteri PETRA ke Battersea Power Station, London
![](https://www.petra.gov.my/admin/images/modules/contentArticle_20240627143751.jpg)
YAB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah melawat Battersea Power Station di London pada 24 Jun 2024 (Isnin).
Sebuah taklimat telah diberikan oleh Ketua Pegawai Kajian Reka Bentuk Battersea Power Station Development Company (BPSDC), Marina Chung dan Pengarah Jualan BPSDC, Georgia Siri.
Bekas stesen janakuasa arang batu di Sungai Thames, Stesen Janakuasa Battersea beroperasi dari 1933 hingga 1983 dan menjana sehingga satu perlima tenaga di London, termasuk membekalkan tenaga elektrik ke bangunan berprestij seperti Istana Buckingham dan Dewan Parlimen.
Battersea Power Station dianugerahkan Pemenang Emas Dunia untuk FIABCI World Prix d’Excellence Awards 2024 baru-baru ini dan telah dinamakan sebagai salah satu daripada 20 ‘Tempat Budaya Terbaik’ dalam siri National Geographic’s Best of the World 2024 dan memenangi Anugerah Pemuliharaan RIBA London 2024.
Battersea Power Station turut dianugerahkan Emas Dunia dalam kategori Pelan Induk di FIABCI World Prix d’Excellence Awards 2021 dan Perak Dunia dalam Kategori Kediaman Mid-Rise untuk fasa pertama Circus West Village pada 2019.
Hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) PETRA, YBhg. Dato' Mohamad Razif bin Haji Abdul Mubin; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Tenaga (ST), YBhg. Dato’ Ir Ts Abdul Razib Dawood dan Pengarah Urusan TNB Genco, Ir. Muhamad Nazri bin Pazil.