Berita Terkini
Lawatan Projek Pembangunan Persekutuan KSU PETRA ke Kota Kinabalu Sabah
YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengadakan lawatan kerja ke Projek Pembangunan Persekutuan Kota Kinabalu Sabah pada 24 Jun 2024 (Isnin).
Lawatan kerja ini telah didahului dengan pergerakan KSU PETRA ke Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan dan Rangkaian Paip Pembentungan bagi Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) Fasa 1.
Sebuah taklimat telah diberikan oleh TS Jennieve Peter, Pengarah Perkhidmatan Pembentungan, Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) Sabah sebelum meninjau tapak projek berkenaan.
Seterusnya, KSU PETRA telah ke Projek Pembahagian: PPU Gudon/ Telipok dan satu taklimat telah diberikan oleh Ir. Ismail bin Hashim, Pengarah PPKBES Ibu Pejabat dan Encik Nik Faiz wakil pegawai penguasa daripada Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBES).
Projek ini adalah salah satu projek bagi mengukuhkan sistem bekalan elektrik di Bandaraya Kota Kinabalu terutamanya di kawasan Gudon dan Sepanggar.
Kemudian KSU PETRA telah ke tapak Projek Penghantaran: Labuan Sipitang 132KV Interconnector (Phase 1: Upgrading PMU Beaufort To 275KV). Taklimat turut diberikan oleh pegawai PPKBES sebelum menyambung lawatan kerja beliau ke tapak projek PMU Beaufort dan Stor PPU Papar.