Berita Terkini
Majlis Menandatangani MOU antara PDC dan TNB Genco, Georgetown
YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA telah hadir ke Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Penang Development Corporation (PDC) dan TNB Power Generation Sdn. Bhd. (TNB Genco) pada 29 Ogos 2024 di Georgetown, Pulau Pinang.
Sesi Menandatangani perjanjian telah diwakili oleh Pengarah Urusan, Ir. Muhamad Nazri Pazil dari TNB Genco dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Aziz Bin Bakar dari PDC.
MoU berkenaan adalah berkaitan Kajian Kebolehlaksanaan Untuk Potensi Usaha Sama Pembangunan Projek Tarbin Gas Aeroderavative (AGT) Dan Battery Energy Storage System (BESS) Di Stesen Janakuasa Gelugor (SJG).
Projek bertujuan meningkatkan ketahanan sumber tenaga Pulau Pinang, menyokong grid yang stabil dan memudahkan integrasi tenaga boleh baharu selain memberikan impak positif terhadap pengurangan jejak karbon.
Hadir sama, YB Zairil Khir Johari, Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital yang mewakili YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang; YB Dato' Seri Haji Rosli Bin Isa, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang; YBhg. Dato’ Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA dan YBhg Datuk Ir. Megat Jalaluddin bin Megat Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif TNB.