Berita Terkini
Majlis Pelupusan Barang Rampasan Suruhanjaya Tenaga di Balakong, Selangor
YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menghadiri Majlis Pelupusan Barang Rampasan Suruhanjaya Tenaga (ST) pada 10 Julai 2024 (Rabu).
Beliau juga telah melakukan gimik pelupusan barangan rampasan di pusat pembuangan dan pelupusan logam yang bertempat di Balakong, Selangor.
Pelupusan ini adalah rentetan daripada arahan yang diterima oleh ST daripada Timbalan Pendakwa Raya di bawah Seksyen 406A dan 407 Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) membabitkan sejumlah 46 Kertas Siasatan oleh ST yang telah selesai melalui proses mahkamah dan kompaun.
Sejumlah 2,022 barangan rampasan bernilai RM2.2 juta berjaya dilupuskan oleh ST yang melibatkan barangan berikut:
i. 349 unit mesin bitcoin;
ii. 1,219 unit kelengkapan elektrik yang terdiri daripada kelengkapan tanpa label keselamatan ST-SIRIM;
iii. 445 unit kelengkapan elektrik daripada kes kecurian elektrik, dan
iv. 9 unit barangan lain yang terlibat di dalam kes-kes kemalangan elektrik.
Hadir sama, Ketua Pegawai Operasi ST, Ir. Dr. Sanjayan Velautham dan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan Operasi Kawasan ST, Encik Ismail Zaili Yusop.