Berita Terkini
Majlis Penyerahan Projek-Projek Siap JPS Malaysia kepada Kerajaan Negeri Terengganu, Terengganu
YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini telah menghadiri Majlis Penyerahan Projek-Projek Siap JPS Malaysia kepada Kerajaan Negeri Terengganu bertempat di Rumbia Resort Villa, Paka, Terengganu Darul Iman.
Projek yang terlibat adalah dua (2) Projek Tebatan Banjir dan satu (1) Projek Pemuliharaan Muara Sungai iaitu:
1. Projek Tebatan Banjir Guntung Luar, Setiu, Terengganu;
2. Projek Tebatan Banjir Gong Kiat, Kuala Terengganu; dan
3. Projek Pemuliharaan Muara Sungai Paka, Terengganu.
Hadir sama beliau YB Tuan Haji Mohd Zawawi bin Ismail, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, YBhg. Dato’ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, TKSU (Sektor Air) PETRA, YBhg. Dato’ Ir. Rozman bin Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pakar) JPS Malaysia, YBrs. Encik Mohd Nasir bin Kasim, Timbalan Pengarah (Sektoral) UPEN Terengganu serta YBrs. Ir. Ts. Osman bin Abdullah, Pengarah JPS Negeri Terengganu serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian, Negeri dan JPS Malaysia.