Berita Terkini
Majlis Penutup International Sustainable Energy Summit (ISES) yang ke-6, KLCC
YAB Dato’ Seri Haji Fadillah Haji Yusof Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke Majlis Penutup International Sustainable Energy Summit (ISES) yang ke-6 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) hari ini.
Bagi kesimpulan sesi Planery 3 bertemakan Youth, Education and Talent Development, YAB TPM juga Menteri PETRA menyampaikan hasrat beliau agar generasi akan datang bukan sahaja bijak dalam penggunaan tenaga lestari, malah dapat memimpin dalam memberikan solusi berkaitan tenaga.
Beliau juga menggesa usahawan dan inovator muda untuk menceburi sektor Tenaga Boleh Baharu (TBB) bagi menyokong usaha kerajaan dalam mempercepat agenda peralihan tenaga negara.
Turut hadir, YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, KSU PETRA, YBhg. Dato’ Mohamad Razif bin Haji Abdul Mubin TKSU (Tenaga) PETRA, YBrs. Tuan Ahmad Zairin bin Ismail, Pengerusi SEDA, YBhg. Dato’ Hamzah bin Hussin, Ketua Eksekutif SEDA.