Berita Terkini
Pembukaan Forum Air Dunia Ke-10, Bali International Convention Centre (BICC), Indonesia
YAB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menghadiri Pembukaan Forum Air Dunia atau World Water Forum (WWF) Ke-10 di Bali International Convention Centre (BICC), Nusa Dua.
YAB TPM turut mewakili Malaysia bagi Mesyuarat Peringkat Tertinggi di forum berkenaan.
Perasmian pembukaan WWF Ke-10 ini telah disempurnakan oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) serta dihadiri Presiden World Water Council, Loic Fauchon dan Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) Ke-78, Dennis Francis.
WWF merupakan forum terbesar dalam sektor air diperingkat antarabangsa dan dianjurkan setiap tiga tahun secara bersama oleh Majlis Air Sedunia (World Water Council – WWC) bersama dengan Negara tuan rumah.
Penganjuran WWF bertujuan menggalakkan tindakan secara bersama dengan mewujudkan hubungan kerjasama di peringkat global serta penyelesaian bersepadu untuk menangani isu-isu baharu dalam pengurusan air.
Forum ini dijangka mengukuhkan komitmen Malaysia untuk memastikan penggunaan air yang mampan, keselamatan bekalan air dan mewujudkan peluang ekonomi.