Berita Terkini
Program Brisk Walk PETRA 2024
Bagi menyahut Agenda Nasional Malaysia Sihat “Sihat Sepanjang Hayat”, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menganjurkan Program Brisk Walk PETRA 2024 pada 28 Jun 2024 (Jumaat).
Sesi Flag off telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri PETRA dimana bendera Jalur Gemilang telah diserahkan oleh YBhg. Dato' Mad Zaidi Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA di Perkarangan Lobi Menara PETRA.
Majlis telah dimeriahkan dengan kehadiran warga PETRA serta agensi di bawah PETRA antaranya, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Indah Water Konsortium (IWK).
Tahniah bagi semua warga PETRA kerana telah menjayakan Program Brisk Walk PETRA 2024 kali pertama dengan jarak sebanyak 2.3 KM ini.
Semoga program ini dapat mengeratkan lagi hubungan diantara warga PETRA bersama-sama agensi-agensi selain menggalakkan amalan gaya hidup sihat.
Turut hadir menyerikan program ini adalah YBhg. Dato' Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Air) PETRA; YBrs. Encik Mohd Norhisham bin Musa Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) PETRA serta barisan pengurusan tertinggi PETRA.