Berita Terkini
Lawatan Kerja KSU PETRA ke Projek Pembangunan Persekutuan Negeri Perak
YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah melakukan lawatan kerja ke Projek Pembangunan Persekutuan Negeri Perak pada 1 Julai 2024.
Antara tapak projek yg telah di lawat adalah Loji Rawatan Kumbahan dan Rangkaian Paip Pembetungan, Papan, Ipoh Perak ( Pakej 1 : Rangkaian Paip Pembetungan di Ipoh), Pakej 3 : Rangkaian Paip Pembetungan di Rapat Setia). Lawatan dijalankan ke atas skop rangkaian paip pembetungan Pakej 1 , Zon 1 , 2 dan 3 serta Pakej 3 Zon 1, 2 dan 3.
KSU PETRA kemudiannya telah bergerak ke Tapak Rangkaian Paip Pembentungan di Ipoh bagi Papan 1 dan Zon 3 Papan 3.
Lawatan kerja ini bertujuan untuk meninjau dan melihat keadaan projek-projek di bawah seliaan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) Malaysia.
Selesai lawatan kerja tersebut, KSU PETRA juga telah melanjutkan lawatan kerja beliau ke Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal Jabatan Pengairan dan Saliran (BPME JPS) serta Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Trolak Tanjung Malim.