Berita Terkini
Sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M di PICC,Putrajaya
Seramai 35 orang kontijen Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menghadiri Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1446H/2024M bersamaan 7 Julai 2024 (Ahad) bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Majlis disempurnakan dengan kehadiran KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong (YDPA) Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofea dan diiringi oleh YAB Dato Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Majlis turut menganugerahkan dua kategori Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M iaitu Kategori Kebangsaan kepada Dato’ Seri Haji Hassan bin Haji Ahmad dan Kategori Antarabangsa dianugerahkan kepada Prof. Dr. Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1446H/2024M.
Dengan tema yang diangkat bagi tahun ini “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”,
semoga ia memberikan semangat hijrah dan mendorong kita sebagai masyarakat untuk berubah menjadi insan yang senantiasa berusaha mengecapi kejayaan, bertaqwa dan tawakkal kepada Allah SWT.