Berita Terkini
Tinjauan Kerja SUBK PETRA ke Bagan Datuk, Perak
10 Oktober 2024
YBrs. En. Mohd Norhisham bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengadakan tinjauan kerja ke Bagan Datuk bagi meneliti risiko dan permasalahan banjir akibat fenomena air pasang besar dan hujan lebat yang berlaku serentak ketika Peralihan Monsun Timur Laut (MTL).
Kerajaan Persekutuan melalui PETRA serius dan komited untuk mengatasi masalah banjir yang berlaku di seluruh negara melalui pelbagai program dan projek yang sedang dan akan dilaksanakan, sama ada penyelesaian jangka pendek mahupun jangka panjang demi kesejahteraan rakyat.
Tinjaun kerja ini turut disertai oleh Pengarah JPS Perak, Kolonel Bersekutu (PA) Ir. Ts. Ahmad Shahrir bin Md. Naziri dan Jurutera Daerah JPS Hilir Perak, Tuan Ir. Zamrie bin Mansor.