Album Foto
Bengkel Libat Urus Pelaksanaan Perolehan Kerja Projek RMKe-12 Rp4
Program 7 Februari 2024 PICC
YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam telah menyampaikan amanat sempena Bengkel Libat Urus Perolehan Kerja Kementerian.
Bengkel ini diadakan pada 6 dan 7 Februari 2024 di PICC dan melibatkan lebih 60 pegawai Bahagian Kewangan dan Perolehan, Bahagian Pembangunan, JPS, JPP, BBA dan PPKBES.
YBhg. Dato' KSU dalam amanatnya pada hari ini memberikan penekanan supaya proses perolehan kerja perlu disegerakan kerana melibatkan sejumlah besar peruntukan Belanja Pembangunan (DE) yang diterima pada tahun 2024.
Pegawai-pegawai yang menguruskan perolehan kerja perlu melengkapkan diri dengan kemahiran serta pengetahuan yang dapat diterjemah kepada peningkatan prestasi Kementerian. Komitmen serta kesungguhan dalam memastikan projek-projek fizikal Kementerian disegerakan pelaksanaannya adalah merupakan satu usaha murni yang memberikan manfaat untuk kesejahteraan rakyat.
Dato’ KSU berharap agar segala input yang diperolehi daripada bengkel selama dua hari ini dapat dijadikan sebagai garis panduan untuk Kementerian mencapai prestasi perbelanjaan yang cemerlang pada tahun ini.
Bengkel ini turut dihadiri YBhg. Dato’ Mohamad Razif bin Haji Abd MubinTimbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam,YBhg. Mejar (K) Dato’ Ir. Dr. Hj. Ahmad Anuar bin Othman, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia serta YBrs. Tuan Ir. Hj. Sulaiman bin KamisanPengarahBahagian Bekalan Air.