Album Foto
Perasmian Acara Pembukaan Sustainability Environment Asia (SEA) 2024
Program 13 November 2024 KLCC
YAB Dato' Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini telah merasmikan Acara Pembukaan Sustainability Environment Asia (SEA) 2024 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Di dalam ucaptamanya beliau menekankan bahawa bagi mencapai matlamat sifar karbon bersih menjelang tahun 2050, adalah penting untuk kita merebut setiap peluang bagi menerajui transformasi ekonomi yang mampan.
Melalui perancangan strategik dan komitmen Malaysia dalam membangunkan persekitaran mampan dan memperkukuh ketahanan iklim, ia mampu menjadikan Malaysia sebagai peneraju dalam sektor ini, serta memperluas pengaruhnya di peringkat global.
Hadir, YBhg. Dato’ Mohamad Razif bin Haji Abdul Mubin, TKSU (Tenaga) PETRA; YBhg. Dato' Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, TKSU (Air) PETRA; Presiden Persatuan Air Malaysia, Dr. Ir. Ts. Hj. Mohmad Asari bin Daud serta Pengarah Projek Derrisan Sdn Bhd, YBrs. Puan Karen Goi.