Album Foto
Mesyuarat Joint Technical Committee (JTC) PETRA - MSE
Mesyuarat 25 November 2024 Menara PETRA
Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli menerima kunjungan hormat dari Setiausaha Tetap Kementerian Kemampanan dan Alam Sekitar (MSE), Republik Singapura, H.E. Encik Stanley Loh bersama delegasinya pagi tadi di Menara PETRA. Turut hadir sama di sesi kunjungan hormat dan mesyuarat tersebut ialah Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Air, YBhg. Dato' Mohd Rodzwan Bin Mohd Baba Sakri.
Dalam pertemuan ini, antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai isu air bagi negara Malaysia dan Singapura melalui Mesyuarat Joint Technical Committee (JTC) antara PETRA dan MSE.
Mesyuarat ini melibatkan penyertaan agensi-agensi teknikal dari kedua-dua buah negara dan di pihak PETRA turut dihadiri oleh wakil dari Kementerian Luar Negeri dan wakil dari Jabatan Peguam Negara.
Mesyuarat diakhiri dengan majlis bertukar cenderahati sebagai simbolik hubungan dua hala Malaysia - Singapura.