Album Foto
Perjumpaan YAB TPM merangkap Menteri PETRA bersama warga PETRA bagi bulan November 2024
Program 4 November 2024 Dewan Baiduri, Menara PETRA
Telah berlangsung satu perjumpaan di antara YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof bersama warga PETRA pada 4 November 2024 (Isnin) di Dewan Baiduri, Menara PETRA.
Turut hadir sama ke perjumpaan tersebut ialah Timbalan Menteri PETRA, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Ketua Setiausaha PETRA, YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, dan Timbalan Ketua Setiausaha (Air) PETRA, YBhg. Dato' Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri.
Antara intipati amanat yang telah disampaikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri sebentar tadi ialah berkenaan kepengerusian ASEAN 2025 di mana Malaysia bakal menjadi tuan rumah dan PETRA berada di dalam Komuniti Ekonomi ASEAN (ASEAN Economic Community - AEC), serta Belanjawan 2025.