Album Foto
Tinjauan PETRA Skuad ke EV GENTARI Charger di Hentian Sebelah Senawang (Selatan)
Program 16 November 2024 Hentian Sebelah Senawang (Selatan)
Mengetuai rombongan PETRA Skuad, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah meninjau Hentian Sebelah Senawang (Selatan) bagi melihat sendiri pengoperasian EV Gentari Charger di Lebuh Raya PLUS.
Pembangunan Gentari EV Charger merupakan antara langkah penting mengatasi limitasi punca kuasa pengecasan di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) lebuh raya, serta menyediakan pengecasan yang pantas dan selamat untuk pengguna.
Gentari dan EV Connection (EVC), merupakan pengendali rangkaian Pengecasan EV JomCharge yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).
Stesen pengecas di Lebuhraya PLUS ini merupakan gandingan Kerjasama PLUS, Gentari dan EVC.
Ia merupakan langkah strategik dalam menyediakan kemudahan pengecasan EV yang boleh dipercayai, selain menyokong usaha pelaksanaan pelan induk negara untuk beralih menjadi negara neutral karbon menjelang 2050.