Perkhidmatan Air dan Pembetungan


OBJEKTIF

  • Mewujudkan dasar bekalan air dan pembetungan bagi menyokong kemampanan industri dalam jangka masa panjang.
  • Mewujudkan mekanisme kawal selia industri perkhidmatan bekalan air dan pembetungan yang kondusif bagi menyokong kemampanan industri dalam jangka masa panjang. 
  • Mengimbangi aspek pemuliharaan alam sekitar dalam pembangunan industri perkhidmatan bekalan air dan pembetungan.
 

FUNGSI

  • Menggubal, melaksana, memantau dan menilai Dasar Industri Perkhidmatan Air
  • Merancang, menyelia dan menyelaras mekanisme pelaksanaan Dasar Industri Perkhidmatan Air
  • Menyedia mekanisme pelaksanaan dan pemantauan projek pembangunan industri perkhidmatan air 
  • Melaksanakan, memantau, menilai, menambah baik pelaksanaan Dasar Industri Perkhidmatan Air
 

DASAR & PERUNDANGAN

  • Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655]
  • Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 [Akta 654]
  • Perintah-Perintah, Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006
 

PROGRAM

  • Program Non-Revenue Water (NRW) Kebangsaan Pendekatan 1 & 2
  • Kempen Kesedaran Penggunaan Air
  • Mekanisme Penetapan Tarif (Tariff Setting Mechanism-(TSM))
  • Kempen Penggunaan Produk Cekap Air
  • Peningkatan Pemulihan Perbelanjaan Operasi Operator Pembetungan Awam 
  • Pemantauan Program Capital expenditure (CAPEX) berdasarkan Pelan Perniagaan Operator Air
  • Pembinaan loji rawatan kumbahan dan rangkaian paip pembetungan 
  • Penghasilan Air Pulih Guna 
 

HALA TUJU & SASARAN

  • 28.5% (2030)
  • Pengurangan Air Tidak Berhasil (Non-Revenue Water - (NRW)) Ke Arah Kecekapan Dan Kelestarian Pengurusan Bekalan Air
  • TSM (2024)
  • Peningkatan Kemampanan Kewangan Industri Bekalan Air dan Pembetungan melalui Pelarasan Tarif 
  • 180 l/c/d (liter per kapita per hari) (2025)
    Peningkatan Kemampanan Bekalan Air melalui Pengurangan Penggunaan Air Domestik
  • 200 JLH (juta liter sehari) (2030)
    Mendukung Ekonomi Kitaran melalui Peningkatan Penggunaan Air Pulih Guna
  • 20% (2030)
  • Peningkatan Rizab Margin Air Terawat Bagi Mewujudkan Jaminan Sekuriti Air
  • 89.0% (2030)
  • Pengukuhan Penyampaian Perkhidmatan Pembetungan Melalui Peningkatan Liputan Sistem Pembetungan Bersambung di Bandar-Bandar Utama
Hakcipta Terpelihara © 2024 Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik mengunakan pelayar internet Mozilla Firefox dan Chrome dengan resolusi minimum 1366x768.
Tarikh Kemaskini : 6 Julai 2024
TOP