Objektif, Misi dan Visi

VISI

Peneraju tadbir urus bekalan elektrik dan air yang mampan serta inklusif dalam menjamin kesejahteraan negara.

MISI

Mengurus dan mengawalselia industri bekalan elektrik secara strategik dengan mengoptimumkan tenaga boleh baharu dan kecekapan tenaga bagi menjamin perkhidmatan yang berdaya harap, mampu bayar dan lestari; dan

Memastikan kelestarian dan keterjaminan air melalui dasar dan pengukuhan tadbir urus.

OBJEKTIF

Memperkasa pengurusan dan kawal selia industri bekalan elektrik secara strategik dengan mengoptimumkan tenaga boleh baharu;

Meningkatkan kecekapan tenaga bagi menjamin perkhidmatan yang berdaya harap, mampu bayar dan lestari;

Memperluas penggunaan/adaptasi tenaga boleh baharu dalam kalangan pemain industri dan penduduk Malaysia;

Meningkatkan tahap liputan serta mutu penyampaian perkhidmatan bekalan air dan pembetungan bagi menjamin kesejahteraan rakyat;

Meningkatkan kemampanan sumber air dalam memastikan ketersediaan dan kestabilan bekalan air negara;

Memperkasa dan mengantarabangsakan industri perkhidmatan air melalui inovasi teknologi terkini serta modal insan yang kompeten;

Pembangunan modal insan dan pengurusan kewangan yang cekap; dan

Tadbir urus yang baik merangkumi pengukuhan perundangan dan kolaborasi strategik dengan pihak berkepentingan.

ATAS