Perutusan Menteri

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI,

Selamat datang diucapkan kepada pengunjung portal rasmi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). Pada masa kini, platform digital memainkan peranan penting dalam membentuk kehidupan dan gaya hidup masyarakat moden. Kemajuan pesat teknologi global mendorong kerajaan untuk mengadaptasi inovasi digital terkini dengan mewujudkan pelbagai platform perkhidmatan dalam talian demi memastikan setiap perkhidmatan dapat dinikmati dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh lapisan masyarakat.

Sebagai sebuah Kementerian yang komited dalam memantapkan tadbir urus bekalan tenaga dan air yang inklusif, PETRA mengoptimumkan penggunaan tenaga boleh baharu, meningkatkan kecekapan tenaga, dan memperkukuh dasar tadbir urus air. Dengan sokongan padu dari semua pihak, kami yakin mampu mengatasi cabaran - cabaran dalam sektor ini, di samping menjamin kehidupan yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Selaku Menteri yang bertanggungjawab terhadap peralihan tenaga dan transformasi air, saya berazam untuk memimpin dalam memajukan tadbir urus yang cemerlang bagi industri bekalan tenaga dan air yang menjadi tonggak utama kepada kesejahteraan negara. Saya menyeru semua warga PETRA dan Jabatan/Agensi di bawahnya untuk berganding bahu memberi sokongan dan kerjasama dalam merealisasikan visi dan misi Kementerian ini. Marilah kita bersama-sama melangkah ke arah masa depan yang lebih mampan dan sejahtera.

Portal ini bukan sahaja menyediakan maklumat mengenai dasar - dasar dan program - program Kementerian, tetapi juga berfungsi sebagai platform untuk interaksi dan kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk rakyat, sektor swasta,dan komuniti antarabangsa. Semoga segala informasi yang dikongsikan melalui portal ini dapat memberi manfaat.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof

Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)

ATAS