Piagam Pelanggan

  1. Memproses permohonan Lesen Awam Penjanaan, Lesen Awam Pengagihan dan Lesen Persendirian dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen lengkap daripada Suruhanjaya Tenaga.
  2. Memproses rayuan Pemegang Kelulusan Galakan (PKG) dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen lengkap daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari.
  3. Meningkatkan kecekapan tenaga bagi menjamin perkhidmatan yang berdaya harap, mampu bayar dan lestari.
  4. Tuntutan bayaran interim Kontraktor di proses dalam tempoh masa 14 hari selepas tuntutan diterima.
  5. Mengemukakan Surat Tawaran pembiayaan dana Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik kepada Penerima Biaya dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kelulusan.
  6. Mengemukakan maklumbalas/ ulasan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen/ emel berkenaan perkara dan isu lengkap yang diterima oleh Bahagian Sumber Air.
  7. Pembayaran bil diselesaikan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  8. Teguran Audit diberi perakuan penerimaan dalam tempoh tiga (3) hari dan mengemukakan maklum balas dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh teguran diterima.
  9. Memproses Permohonan Notis Perubahan (NOC) yang lengkap diterima daripada Bahagian/Agensi/Jabatan untuk dikemukakan kepada Kementerian Ekonomi (KE) dalam tempoh masa 21 hari bekerja.
  10. Mengemukakan setiap permohonan / urusan berkaitan tanah yang diterima daripada Jabatan / Agensi ke Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian dalam masa 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap yang diterima.
  11. Mengemukakan Notis 5A bayaran premium tanah yang lengkap kepada Agensi/Jabatan Pengguna di bawah PETRA dalam tempoh 14 hari bekerja.
  12. Membuat bayaran emolumen mengikut jadual yang ditetapkan.
  13. Memproses permohonan pendahuluan diri, pinjaman kenderaan dan komputer dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh terima dokumen yang lengkap.
  14. Mengeluarkan akuan penerimaan dan maklumbalas awal bagi aduan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
  15. Mengeluarkan akuan penerimaan dan maklum balas awal bagi aduan integriti yang lengkap diterima dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
ATAS