Soalan Lazim
Pembentangan Akhir Tugasan Submodul Strategic Partnership Programme (SPP) Bagi Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN Tahun 2024/2025
Sesi ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Mohd Norhisham bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) dan turut dihadiri oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, pegawai-pegawai dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) serta pegawai-pegawai dari Bahagian Bekalan Elektrik dan Bahagian Sumber Air.
Sesi pembentangan ini diadakan untuk menilai tugasan yang telah dilaksanakan oleh keempat-empat Kadet PTD merangkumi pengenalpastian isu serta cadangan penambahbaikan penyampaian perkhidmatan dengan fokus kepada sektor teras Kementerian.
Tahniah diucapkan kepada semua Kadet PTD yang telah berjaya menjalani penempatan di PETRA selama lima minggu. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi dapat dimanfaatkan dalam perkhidmatan sebagai penjawat awam kelak.
Satu sesi pembentangan akhir bagi empat orang Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang ditempatkan di PETRA di bawah Submodul Strategic Partnership Programme, Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) INTAN Tahun 2024/2025 telah diadakan pada hari ini di Bilik Mesyuarat Mutiara, Menara PETRA.