Majlis Perasmian 3rd Engineering Exhibition dan Conference 2024, Kuala Lumpur
YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air telah hadir ke Majlis Perasmian 3rd Engineering Exhibiton and Conference 2024 anjuran Institution of Engineers (IEM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.
YAB Dato’ Sri Fadillah dalam ucapannya menyatakan sejak penubuhannya pada tahun 2022, ENGINEER dan MARVEX telah mencapai kemajuan yang ketara dalam memperjuangkan agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
Beliau menyatakan sokongannya terhadap usaha IEM mempromosikan kelestarian alam sekitar, keterangkuman sosial dan pertumbuhan ekonomi dengan komitmen wakil kejuruteraan dan kesatuan ACMV&R ke arah pemeliharaan bumi dan masa depan yang lebih hijau dan mampan.
Usai majlis perasmian, YAB Dato’ Sri Fadillah turut berkesempatan meninjau sekitar ruang pameran bagi program tersebut.
Hadir sama di majlis ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), YBhg. Dato’ Mohamad Razif Haji Abdul Mubin, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, YBhg. Mejar (K) Dato' Ir. Dr. Haji Ahmad Anuar Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga, YBhg. Dato' Ir. Ts. Abdul Razib bin Dawood.