Bengkel Pemukiman Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA)

Pengurusan Tertinggi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) semalam telah berhimpun di TNB Platinum, Bangsar Kuala Lumpur bagi berbincang, mengumpul pandangan serta cadangan selain saranan untuk mengemudi masa depan sektor air dan tenaga negara bagi tahun 2025 ini.
Pemukinan ini dihadiri oleh YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA, Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri PETRA, YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA, YBhg. Dato' Mohd Rodzwan Bin Mohd Baba Sakri, TKSU (Air), YBrs. Puan Mareena binti Mahpudz, TKSU (Tenaga) dan YBhg. Dato' Mohd Norhisham bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan).
Resolusi dan matlamat yang jelas juga merupakan salah satu sasaran dalam pemukiman semalam supaya PETRA dapat bergerak secara bersama dan mencapai satu objektif yang sama.