Best Fresh Mart Kapar, Rangkaian Pasar Raya Bakal Memasang Sistem Solar PV
YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA pagi tadi merasmikan pembukaan cawangan baharu Best Fresh Mart yang bakal dilengkapi dengan pepasangan sistem solar PV berkapasiti 111.3kWp (kilowatt peak), di bawah Program Net Energy Metering (NEM).
Pepasangan sistem solar PV di Pasar raya Best Fresh Mart ini dijangka mendapat kira-kira 11,655kWj bekalan elektrik hijau sebulan untuk kegunaan sendiri dan dijangka dapat mengurangkan jumlah bil elektrik bulana kira-kira RM5,800.
Hal ini mencerminkan komitmen pihak syarikat dalam menyokong agenda Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam meningkatkan campuran Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam sistem pembekalan elektrik negara kepada 70% menjelang tahun 2050.