Ceramah Ihya Ramadan dan Majlis Khatam Al-Quran Perdana

Telah berlangsung Ceramah Ihya Ramadan dan Majlis Khatam Al-Quran Perdana di Dewan Baiduri, Menara PETRA pagi tadi dengan anjuran bersama Surau An-Nur PETRA, Kelab PETRA, Puspanita PETRA, Kelab Kebajikan Sosial dan Sukan (KEKAS), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), dan Puspanita JKPTG.
Ceramah Ihya Ramadan bertajuk "Al-Quran Penawar Kehidupan" disampaikan oleh Ustaz Haji Mohd Meeftah bin Haji Anuar, Penolong Pengarah Kanan JAKIM.