Hasil Mesyuarat Pegawai Kanan Tenaga ASEAN 2025, Hari Kedua

Hari ini merupakan hari kemuncak Mesyuarat Khas Pegawai Kanan Tenaga ASEAN 2025 yang dianjurkan oleh PETRA di Langkawi, Kedah dan mesyuarat telah bersetuju mengenai perkara-perkara berikut :
i. Lapan Annual Priorities (AP) for Energy bagi tahun 2025, termasuk Nota Konsep untuk Keberhasilan Utama Ekonomi (Priority Economic Deliverables (PED));
ii. Cadangan PED tahun 2025 iaitu :
a. Menandatangani ASEAN Power Grid (APG) Enhanced MoU; dan
b. Peluncuran ASEAN Plan of Action for Energy Cooperation (APAEC) 2026-2030.
iii. Dokumen-dokumen untuk ditandatangani semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (ASEAN Ministers of Energy Meeting – AMEM) ke-43 ialah :
a. APG Enhanced MoU; dan
b. ASEAN Framework Agreement on Petroleum Security (APSA).