Kejohanan Kick Off Perpaduan 2025 Bola Sepak 3 Penjuru

YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menterj PETRA telah menganjurkan Kejohanan Kick Off Perpaduan 2025 Bola Sepak 3 Penjuru antara Akal Neraca FC, Kelab PETRA dan Gabungan Ahli Parlimen yang diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 12 Februari 2025.
Program ini turut disertai oleh YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA dan YBhg. Dato’ Mohd Rodzwan Bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air) yang juga menjadi pemain bagi mewakili pasukan Kelab PETRA.
Dalam program itu juga sumbangan berjumlah RM14,700.00 telah berjaya dikumpulkan dan diserahkan kepada Tabung Pembangunan Wakaf Gaza oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir.
Akal Neraca FC telah menjuarai Kejohanan Kick Off Perpaduan 2025, Naib Juara PETRA FC dan tempat ketiga dimiliki oleh Gabungan Ahli Parlimen FC.