Knowledge Sharing Session with Google bersama YB Timbalan Menteri PETRA

ertempat di Menara PETRA, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri PETRA bersama warga PETRA telah menghadiri Knowledge Sharing Session with Google. Sesi ini telah diatur susulan pertemuan antara YAB Perdana Menteri dan pihak Google semasa Lawatan Kerja YAB Perdana Menteri ke Peru pada 14 November 2024 yang lalu.
Dalam sesi ini, PETRA mendalami bagaimana matlamat tenaga dan iklim Google dapat menyokong usaha ini, khususnya dalam tenaga bebas karbon, teknologi pintar, serta pengurusan sumber air dan penyejukan mampan. Malaysia komited mencapai Net Zero karbon menjelang 2050 melalui tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga, dan inovasi teknologi.
Malaysia turut meneroka tenaga nuklear sebagai sebahagian strategi penyahkarbonan dan pengalaman Google dalam Small Modular Reactor (SMR) boleh membantu mempercepatkan peralihan tenaga dan mencapai matlamat kemampanan bersama.
Sesi ini menampilkan pakar industri daripada Google yang terdiri daripada Giorgo Fortunato, Head of Clean Energy & Power, APAC; Spencer Low, Head of Regional Sustainability, APAC; Lenard Lou, Sr Associate, APAC; Su Ann Lim, Head of Government Affairs and Public Policy, Google Cloud - SEA; serta Clem Arlidge, Sustainability and Energy Policy Manager, APAC.
Turut hadir bersama YBrs. Puan Mareena binti Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) PETRA dan pegawai-pegawai PETRA.