Kunjungan Hormat Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA Kepada KSU PETRA

YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Tuan Jamalulail bin Abu Bakar, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan (BMI), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada hari ini.
Pertemuan ini membincangkan mengenai potensi kerjasama strategik bagi pelaksanaan Program Pembangunan Kepakaran dan Perunding Kerajaan (PRESTIJ) dalam bidang peralihan tenaga untuk pelaksanaan pada tahun 2025.
Inisiatif pembangunan kepakaran ini adalah selaras daripada hasrat YAB Perdana Menteri supaya penjawat awam diberikan latihan dan pendedahan bagi tujuan pembangunan kompetensi dalam bidang-bidang tujahan baru.