Kunjungan Hormat oleh Timbalan Menteri Tenaga Persekutuan Rusia ke atas TKSU (Tenaga) PETRA

Malaysia dan Rusia terus memperkukuh kerjasama dalam sektor tenaga melalui perbincangan strategik yang diadakan di Menara PETRA hari ini. Sesi kunjungan hormat yang berlangsung di Bilik Berlian, Menara PETRA ini telah dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, YBrs. Puan Mareena Binti Mahpudz bersama Timbalan Menteri Tenaga Persekutuan Rusia, Tuan Yang Terutama Roman Marshavin serta delegasi Rusia.
Perbincangan ini memberi tumpuan kepada memperkukuh kerjasama tenaga antara kedua-dua negara, termasuk aspek import arang batu bagi penjanaan tenaga di Malaysia. Delegasi Rusia turut berkongsi kepakaran mereka dalam bidang teknologi tenaga bersih serta penyelesaian tenaga mampan, selaras dengan usaha Malaysia untuk mencapai pelepasan sifar karbon menjelang 2050.