Lawatan PETRA Skuad ke Loji Jana Kuasa Solar I 2 Solarpark One, Melaka
PETRA Skuad diketuai oleh YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) meneruskan lawatan ke Loji Jana Kuasa Solar I 2 Solarpark One di Masjid Tanah, Melaka.
Loji jana kuasa solar ini merupakan projek yang diluluskan di bawah Program Large Solar Scale (LSS) 2 yang dibangunkan oleh Syarikat I 2 Energy Sdn Bhd yang mana mempunyai kapasiti sebanyak 9,006 kWp (6,800 kWac). Ia turut menghasilkan 13,083,016.2 kWj bekalan elektrik hijau setahun.
Ini dapat membantu menghindari pelepasan kira-kira 8,894.45 tan CO₂eq setahun dan menyediakan bekalan elektrik kepada 3,634 dalam jangka masa setahun.