Majlis ASEAN Banking and Finance Summit 2025

YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hadir ke Majlis ASEAN Banking and Finance Summit 2025 yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pagi tadi.
Dalam ucapan perasmian tersebut, YAB Timbalan Perdana Menteri telah menekankan keperluan kolaborasi erat antara kerajaan, institusi kewangan dan pelabur untuk memastikan aliran modal ke dalam tenaga boleh baharu dan infrastruktur hijau.
Pembiayaan inovatif seperti Green Sukuk, Sustainability Bonds, dan model perkongsian awam-swasta (PPP) perlu digerakkan pada skala lebih besar. Malaysia komited untuk memperkukuh pembiayaan mampan bagi mempercepatkan peralihan tenaga di ASEAN. Bersama, kita membina masa depan tenaga yang mampan dan saksama.