Majlis Berbuka Anjuran Tenaga Nasional Berhad

YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA berbuka puasa bersama pengurusan tertinggi Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bangsar, Kuala Lumpur semalam.
YAB Menteri turut menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada 45 anak yatim dari Pusat Jagaan Kasih Murni, Kuala Lumpur dan Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Islah, Petaling Jaya.
Majlis ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Ihya’ Ramadan TNB, yang berlangsung dari 27 Februari hingga 28 Mac 2025, dengan matlamat memperkukuh hubungan antara TNB dan masyarakat serta menyantuni golongan yang memerlukan. Inisiatif ini bukan sekadar sebuah acara berbuka puasa, tetapi juga manifestasi komitmen TNB dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) sepanjang Ramadan. Majlis berbuka itu turut dihadiri YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA.