Majlis Penyampaian Sumbangan Bakul Rahmah Anjuran PUSPANITA Cawangan PETRA

PUSPANITA Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sumbangan Bakul Rahmah bersempena Program Jualan Rahmah Madani dan Jualan Kembali ke Sekolah pagi tadi di Menara PETRA.
Program ini disempurnakan oleh YBhg. Datin Sri Hajah Ruziah binti Mohd Tahir, Penaung PUSPANITA PETRA.
Usai di majlis penyampaian, Penaung PUSPANITA PETRA menyinggah di tapak Jualan Rahmah dan Jualan Kembali ke Sekolah yang diadakan di perkarangan lobi Menara PETRA. Pelbagai barangan dapur dan sekolah dijual dengan harga yang berpatutan dan mesra poket.