Majlis Perasmian The International Petroleum Technology Conference (IPTC)

YAB Dato' Sri Hj. Fadillah bin Hj. Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air telah merasmikan The International Petroleum Technology Conference (IPTC) di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur hari ini.
Antara intipati dalam ucapannya beliau telah menyatakan berkenaan komitmen Malaysia dalam memastikan akses tenaga bersih, boleh dipercayai dan mampu milik untuk semua. Menerusi #NETR, Malaysia telah memacu peralihan tenaga dengan sasaran 70% tenaga boleh diperbaharui menjelang 2050. Inisiatif seperti CRESS, CREAM & CCS akan mengukuhkan daya tahan tenaga dan mengurangkan pelepasan karbon.
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia juga menggalakkan kerjasama serantau menerusi ASEAN Power Grid demi masa depan tenaga yang lebih hijau dan inklusif.
Turut hadir memeriahkan majlis YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; YBhg Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS dan Dr. Pinar O. Yilmaz, Pengerusi Lembaga IPTC.