Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Bersama YAB Perdana Menteri Peringkat Sarawak

Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 bersama YAB Perdana Menteri Peringkat Sarawak telah diadakan di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Kuching pada 19 April 2025 (Sabtu). Majlis ini anjuran bersama antara Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak dan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
Majlis ini telah dihadiri oleh tetamu kehormat YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan diserikan lagi dengan kehadiran YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak, YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA serta barisan dif-dif kehormat Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Majlis ini diadakan bagi memperkukuh perpaduan nasional, meraikan kepelbagaian budaya, menyemai nilai harmoni dan ihsan serta menjadi platform kepada pemimpin rakyat berinteraksi bersama rakyat.
"𝑰𝒉𝒔𝒂𝒏 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒏𝒕𝒖𝒉 𝑱𝒊𝒘𝒂, 𝑻𝒐𝒍𝒆𝒓𝒂𝒏𝒔𝒊 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒂𝒕𝒖 𝑵𝒆𝒈𝒂𝒓𝒂"