PETRA Skuad Zon Selatan (Johor) - Lokasi Kelima Meninjau Pemasangan Meter Pintar Tenaga
YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri PETRA bersama delegasi PETRA Skuad telah menuju ke Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru bagi meninjau proses pemasangan Smart Metering Energy (Meter Pintar Tenaga).
Meter pintar membantu pengguna memahami dan mengurus penggunaan elektrik secara menyeluruh, sambil menyediakan bil yang tepat dan pemantauan sistem yang efisien bagi pembekal.
Pengguna TNB dengan meter pintar boleh mengakses data penggunaan harian melalui aplikasi myTNB untuk meningkatkan kecekapan tenaga dan mengawal kos. Meter ini juga serasi dengan sistem Solar PV dan menyokong pelanggan berdaftar di bawah skim Net Energy Metering (NEM) untuk menjana tenaga melalui solar.
Untuk tempoh Regulatory Period 4 (RP4: 2025-2027), sebanyak 1.08 juta pemasangan Smart Meter di Semenanjung Malaysia telah diluluskan. Sehubungan itu, fokus pemasangan di Johor hanya melibatkan kawasan TNB Johor Bahru, TNB Johor Jaya, TNB Pasir Gudang, TNB Kulai Jaya, dan TNB Kota Tinggi.