PETRA Skuad Zon Selatan (Johor) - Persinggahan Pertama di ChargEV PitStop@Tangkak
YB Tuan Haji Akmal Nasrullah Bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri PETRA bersama delegasi PETRA Skuad tiba di lokasi pengecas pantas ChargEV Pitstop@Tangkak bagi melihat usaha integrasi pembangunan stesen pengecas ChargEV antara Majlis Daerah Tangkak dan pembekal perkhidmatan pengecas EV.
ChargEV tersebut dalam proses akhir pematuhan regulatori di mana permohonan lesen awam kepada Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang dilakukan sebelum proses Testing and Commissioning (T&C) oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dilaksanakan.
Walaupun ChargEV Pitstop@Tangkak ini terletak di luar sempadan lebuh raya, tetapi ia mempunyai akses keluar/masuk yang mudah untuk keselesaan pengguna.
Bagi Fasa 1 ChargEV Pitstop@Tangkak ini, ia boleh mengecas lapan (kenderaan ringan atau empat (4) kenderaan berat.
Antara manfaat utama yang diperolehi dari ChargEV Pitstop@Tangkak ini ialah dapat meningkatkan aksesibiliti pengecasan untuk kenderaan elektrik di kawasan strategik, menyokong pembangunan sosio-ekonomi Tangkak dengan melibatkan vendor tempatan dan menjadi hub pengecasan utama untuk sektor logistik elektrik di Malaysia.