PETRA Skuad Zon Selatan (Johor) - Tinjauan Kerja Ke Loji Rawatan Kumbahan di Taman Pelangi, Johor
Untuk hari kedua PETRA Skuad, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri PETRA meninjau Loji Rawatan Kumbahan (LRK) Indah Water Konsortium (IWK) di Jalan Hijau, Taman Pelangi, Johor Bahru.
Usaha pemulihan sistem pembetungan Johor Bahru dan Pasir Gudang ini bermula pada 1 Disember 2021 apabila IWK mengambil alih penyelenggaraan aset pembetungan dari Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
Pihak SPAN telah melantik pihak IWK sebagai pelaksana bagi projek ini agar loji kumbahan dapat dinaik taraf melalui beberapa pakej pelaksanaan.
Berdasarkan aduan yang diterima, LRK Taman Pelangi (JBR127) bakal dinaik taraf menjadikannya lebih efisien dan mesra alam. Langkah segera seperti pemasangan metal clad juga diambil untuk mengurangkan bau dan keselesaan penduduk.